fbpx

Ibu Reen Rahim Mahu Bakal Menantu Hadiahkan Al-Quran Sebagai Hantaran

Bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ini, pelakon Reen Rahim turut berkongsikan hantaran yang akan diterima daripada bakal suaminya yang dikenali sebagai Mr H.

Memetik mStar Online, Reen berkata ibunya menyifatkan aktres itu tidak ternilai dan mahu bakal menantunya menghadiahkan senaskah Al-Quran dan barang kemas.

BACA: Reen Rahim Nikah Hujung Tahun, Dapat Tajaan RM15 Juta

“Saya tak pasti boleh kongsi atau tidak tapi ketika bertunang, umi saya ada cakap anak dia ni tak ternilai dan umi hanya mahu bakal suami menhadiahkan senaskah Al-Quran yang telah dikhatamkan. Selain Al-Quran, umi juga minta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya,” katanya.

Menurut Reen lagi, dia tidak membantah permintaan ibunya itu terhadap bakal suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.

“Saya suka dengan permintaan umi, sebab saya tak boleh minta dia jadi suami yang baik, yang boleh jaga saya dan tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.

“Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT. Jadi dengan Al-Quran itu, saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan,” katanya.

Dalam pada itu, Reen turut berkongsikan bakal suaminya itu kini dalam proses untuk menghabiskan bacaan Al-Quran serrta turut meminta pandangan daripada orang lain mengenai bacaannya.

“Dia terima permintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya,” katanya.

Terdahulu, Reen mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.  Reen memberitahu dia turut mendapat penajaan sebanyak RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk ketiga-tiga majlis perkahwinanya nanti.

Reen turut berkongsikan dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun merahsiakannya atas permintaan keluarga.