fbpx

Reen Rahim Nikah Hujung Tahun, Dapat Tajaan RM15 Juta

Pelakon Reen Rahim mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Mr H pada hujung bulan ini dalam satu majlis yang akan diadakan di Putrajaya.

Memetik BH Online, Reen bagaimanapun belum sedia mendedahkan identiti bakal suaminya itu tarikh perkahwinan kerana mahu menjaga privasi serta mengelakkan penyakit ain.

BACA: “Kau Terlampau Kurang Ajar” – Fezrul Khan Tak Akan Berlakon Lagi Dengan Reen Rahim

“Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, bulan ini. Lelaki pilihan hati seorang ahli perniagaan dan penggiat seni. Kami sudah berkawan hampir dua tahun, dia juga enam tahun lebih muda daripada saya.

“Mulanya, kami tidak berhasrat berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan komitmen. Namun, pada masa sama, kami saling menyukai antara satu sama lain.

“Mungkin berkat doa keluarga akhirnya kami terbuka hati mahu menghalalkan hubungan dan berjanji saling menjaga hingga ke akhir hayat,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai hari bahagianya, Reen meluahkan rasa syukur mendapat penajaan sebanyak RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk ketiga-tiga majlis perkahwinanya nanti.

“Kalau ikutkan, saya nak buat satu majlis sahaja, tetapi ada pihak yang sudi menaja, jadi kami memutuskan menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

“Semua majlis ini akan diuruskan rakan terdekat kerana mereka tidak mahu menyusahkan saya. Mereka hanya mahu saya gembira pada majlis bersejarah itu nanti,” katanya.

Reen turut berkongsikan dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun merahsiakannya atas permintaan keluarga.