Redza Rosli Doakan Ayda Jebat Bahagia Bersama Suami
Meskipun berdepan kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini, bagaimanapun pelakon Redza Rosli berkata dia tidak pernah serik untuk bercinta lagi.
Ujarnya, pengalaman gagal dalam bercinta adalah lumrah untuk setiap manusia serta berharap akan bertemu dengan pasangan terbaik untuk dirinya suatu hari nanti.
BACA: “Saya Bukan Senang Nak Suka Perempuan”
“Buat masa ini saya bukannya trauma, semua orang akan mengalami pengalaman pahit dan manis, semua orang akan laluinya.
“Saya bukan takut, tiada istilah cinta mati. Cuma tunggu masa sesuai dan tepat pada masanya. InsyaAllah saya akan jumpa orang yang terbaik,” katanya.
Hubungan cintanya dengan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat terputus ditengah jalan, bagaimanapun Redza mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.
“Kepada Ayda saya ucapkan selamat pengantin baru, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan. Saya doa yang baik-baik, sukses, semoga berjaya dalam karier dan alam perkahwinan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Gay!!
Okla tu. ko dah hentak di brapa kali dah kan
bersyukirlah terlepas dari ayda itu. mengada2 petala bumi.
kalau kawen pun tak terjamin masa depan, kalau pelakon sendu je bukan kaya pun, nanti harapkan duit bantuan kerajaan. baik pilih jantan yang dapat berikan masa depan cerah. Ni dah le tak de duit lepas tu nak pasang lagi