fbpx

Hujung minggu ni yang bercadang nak kemana-mana tu apa kata hold dulu, sebab ahad ini adalah peluang terakhir anda untuk menangi sebuah kereta Mercedes Benz baru yang kini sedang ditawarkan di Karnival HUAWEI.

Lebih menarik lagi, hanya dengan 3 langkah mudah sahaja anda sudah boleh miliki Mercedes Benz GLA 200 Night Edition!

Bukan itu sahaja, HUAWEI turut menawarkan 100 unit Ebike dan 400 unit skuter eletrik untuk dimenangi di karnival HUAWEI yang sedang berlansung ini. Selain itu, anda juga bakal dikejutkan dengan kehadiran telefon pintar keluaran terbaru HUAWEI iaitu telefon siri Y yang lebih up to date dan trendy. Ha jangan cakap kami tak payung okey!

Bolehlah anda terokai kecanggihan HUAWEI Y9 Prime 2019 di Karnival HUAWEI itu nanti sambil-sambil cuba nasib untuk rebut kereta Mercedes baru! Dan jangan terkejut jika semua ciri-ciri HUAWEI Y9 Prime 2019 adalah sebuah ciri telefon pintar yang selama ini anda nantikan.

Dengan kamera pop-up yang ada pada HUAWEI Y9 Prime 2019 ini bakal buat anda jatuh cinta disamping dilengkapi dengan skrin besar bersaiz 6.59″. Kaki game anda jangan sesekali lupa untuk grab telefon ini kerana bateri 4,000 mAh ini boleh buat anda main game sampai pagi.

Saiz storage 4 GB RAM dan 128 GB ROM ini memang buatkan anda gila untuk tangkap gambar setiap jam! Percayalah cakap kami dan tak perlu pening kepala fikir gambar mana yang perlu untuk dipadam.

Selain dari ciri-ciri yang buat anda jatuh cinta dengan HUAWEI Y9 Prime 2019 ini, ia juga turut dilengkapi dengan 4 GB Kirin 710 Processor, 3 kamera, port pengecasan USB Type- C, reka bentuk premium dan lengkap dengan android Pie Emui 9.0.

Apa yang lagi best untuk pembeli siri Y ini, untuk pertama kalinya anda boleh menebus ganjaran esklusif dari jenama rakan kongsi HUAWEI melalui Member Center yang boleh di muat turun dari HUAWEI AppGallery.

Bagaimana untuk Menang Lebih Banyak dengan HUAWEI?

Mudah sahaja, mulai sekarang hingga 4 Ogos, peminat HUAWEI anda boleh membeli peranti HUAWEI secara dalam talian atau dari cawangan Karnival HUAWEI yang mengambil bahagian di seluruh negara akan berpeluang memenangi hadiah yang menakjubkan.

Nah kami belanja 3 cara untuk memenangi Mercedes GLA200 Night Edition, Orbit E-bike atau Star Scooters Electric:

1. Scan kod QR
2. Jawab soalan mudah
3. Lampirkan resit pembelian sebagai bukti

Hanya seorang pemenang yang bertuah sahaja yang bakal memiliki Mercedes baru dan pemenang tersebut akan diumumkan pada 30 Ogos di laman rasmi Facebook HUAWEI. Boleh jadi pemenang itu adalah anda, mana tahukan tak cuba tak tahu.

Ada banyak lagi hadiah yang perlu untuk anda bawa pulang dengan senyuman manis anda tu. Jika mahu bawa pulang banyak hadiah dengan HUAWEI ni anda ikut sahaja langkah ini. Okey kami belanja kali kedua. Tak menang lagi tak tahu lah.

1. Beli mana-mana model telefon HUAWEI yang terpilih sepanjang karnival berlangsung. Ingat sehingga 4 Ogos ni sahaja tau.
2. Simpan resit pembelian
3. Main permainan draw dip atau spin and win di 30 hotspot Huawei di seluruh Malaysia

Banyak kan hadiah yang menanti anda!. Jangan lepaskan peluang ini.

Bagi yang minat gila dengan model flagship keluaran HUAWEI anda juga boleh miliki model-model tersebut dengan harga baru yang jauh lebih murah antaranya HUAWEI P30 Pro hanya dengan harga RM3,899 untuk 512GB, Mate 20 Pro(RM2,599), Mate 20 X (RM2,599) dan Mate 20 (RM2,099) dengan harga terbaru yang lebih WOW di karnival HUAWEI.


Dah ramai tau yang berebut untuk menangi hadiah percuma ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Jadi, apa yang anda tunggu? Serbu sekarang di kawasan hotspot terpilih atau log masuk saja ke laman rasmi HUAWEI Malaysia di untuk maklumat mengenai Karnival HUAWEI, HUAWEI Y9 Prime 2019, HUAWEI MATE 20 Series dan HUAWEI PRO 30!

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi HUAWEI atau terus hubungi talian khidmat pelanggan HUAWEI 1800 22 0086.