fbpx

Bagi peminat setia hero drama Setelahku Dimiliki anda berpeluang berjumpa dengan hero pujaan anda, Zul Ariffin di pembukaan kedai utama OPPO Malaysia.

Buat pertama kalinya OPPO Malaysia menggabungkan zon experience dan zon customer service di dalam satu kawasan bagi memudahkan penggunanya untuk membuat sebarang pembelian mahupun aduan.

Pembukaan flagship OPPO ini akan berlangsung di The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada 30 November ini bermula jam 3 petang. Yang menariknya semasa pembukaan tirai berlangsung Zul Ariffin pun ada tahu.

Jadi buat peminat Zul Ariffin anda jangan lupa serbu untuk bergambar dengan hero pujaan ramai ini okey!

Terbaru, keluaran OPPO Reno 10x Zoom 12GB Special Edition turut akan dilancarkan pada hari tersebut. Pra pesanan boleh dilakukan pada pembukaan flagship OPPO Malaysia dan anda bakal memenangi hadiah bernilai RM1,466.

Antara hadiah yang akan anda bawa pulang semasa membuat pra pesanan telefon pintar yang lengkap dengan kuasa 60x digital zoom dan vooc flash charge 3.0 ini adalah FUJIFILM Instax Mini Link Smartphone Printer (hadiah bundle bernilai RM548) dan OPPO Enco Q1 – Bluetooth Noise Canceling Headphones (RM599) and VOOC Charging Pro (RM299).

Wah bukan main hebat hadiah yang anda akan dapat bila membuat pre-order OPPO Reno 10x Zoom 12GB Special Edition. Takkan tah nak?

Lebih menarik lagi, anda juga boleh mendapatkan harga durian runtuh bagi OPPO Reno 10x edisi khas Barcelona yang hanya RM3199 sahaja semasa sesi pelancaran flagship OPPO berlangsung. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat hadiah beg Barcelona bernilai RM299, Enco Q1 Headphone berharga RM599 dan VOOC powerbank bernilai RM269. Memang tak sia-sia jika anda terjah The Gardens Mall, 30 Disember ini.

Jangan Lupa Sertai Aktiviti Ini Untuk Rebut Lebih Banyak Hadiah

Alang-alang nak jumpa Zul Ariffin untuk selfie tu jangan lepaskan peluang untuk join aktiviti yang disediakan. Antaranya anda boleh lakukan:

– Pembersihan percuma dan servis maintenance tanpa caj pekerja. Sekiranya telefon anda perlu dibaiki,anda bakal mendapat harga diskaun diluar jangkaan.

-100 pengunjung terawal yang hadir ke sesi pembukaan tersebut dan memuatnaik gambar bersama Zul Ariffin semasa majlis pelancaran flagship OPPO belangsung, anda bakal memenangi hadiah misteri. Syaratnya haruslah meletakkan hashtag #OPPO_TheGardens. Siapa cepat dia dapat dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda pasti tak sabar kan untuk rebut OPPO Reno 10x Zoom 12GB Special Edition kan? Nah kami belanja anda spesifikasi telefon pintar ini dan kami belanja juga anda gambar OPPO Reno 10x Zoom 12GB Special Edition berwarna biru yang telah dinaiktaraf untuk mencapai kesempurnaan.