Rebecca Nur Al Islam Selamat Melahirkan Anak Lelaki Semalam
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Rebecca Nur Al Islam kerana telah selamat melahirkan seorang lagi bayi comel lelaki semalam di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur secara pembedahan. Bagaimanapun keadaan bagi kedua-dua ibu dan bayi tersebut adalah baik.
BACA: Fesyen Teletubbies Bertudung Rabecca Nur Al Islam Dapat Perhatian Peminat

Menerusi akaun Instagramnya, Rebecca meluahkan rasa syukurnya kerana berpeluang memiliki hadiah terindah pada hari kelahirannya dengan melahirkan seorang anak lelaki yang sihat seberat 3.79 kilogram. Namun begitu, Rebecca masih belum mendedahkan nama bayi itu.
Sebelum ini Rebecca pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengimpikan anak kembar untuk kelahiran kali ini kerana ketiga-tiga anak terdahulu juga dilahirkan secara pembedahan. Jadi mungkin kelahiran keempat ini menjadi kelahiran terakhir buatnya dan suami.
Malah katanya lagi, beliau tidak kisah mempunyai anak ramai ini kerana selain dari tiga anaknya, dua lagi anak tiri beliau turut tinggal bersama. Baginya lebih ramai anak lebih meriah rumah dibuatnya. Nanti bila tua pun pasti ramai yang akan bergilir-gilir menjaga mereka.
Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan Rebecca Nur Islam dan Datuk Nor Azam Sulaiman. Semoga kelahiran anak keempat ini dapat membahagiakan dan menceriakan lagi rumah tangga. (rkty/w)
Tahniah Rebecca semoga anak menjadi anak yang soleh… http://www.gerobokbuku.com/
ramai anak rezeki murah, di kurangkan dosa.
Good!!
Tahniah..
FB: RaSdam Shah Ahrapa
DOB: 05-02-1991
comelnye…tahniah la ye
nama dah elok…. cahaya rebeca islam…. tp pakai baju teletubis mcm hermmmmmmm….. kafirun….
Congratulations moga jadi anak yang soleh… http://www.gerobokbuku.com/
Tahniah rebecca….
Kalau branak scara czer, bkn 3x shj ke? Yg nie 4x.. xsakit ke? Sy pnh rasa skli je ank yg ke2..
Tajuk ‘selamat lahir anak keempat’ tu buat org confused… sebenarnya anak kandung Becca ni 3 orang jer termasuk yg baru lahir… yg lelaki sulung tu anak angkat…
tahniah . murah rezeki anak ramai mcm nie. doakan cik brown pon cpt lekat kandungan yer,
Untungnyer si Rabecca ni sbb ank 3 maid pun ada 3 yg jagakan..tjumpa dia,datuk & ank2nya dkt Quill Mall KL,mmg cantik,putih & slim org nya..perfume mmg bau wangi giler dkt dia..tpi nampak mcm agk krg mesra sikit orgnya…mungkin nk jaga status kot…mesti baby yg baru lahir tu pun maid no.4 yg jaga kan…almaklumlah..rezeki org ada2 ni kan…
Bertuahnyalah bdn..rezeki yg berlipat ganda drNya utk dia sekeluarga,Aamiin.
Tahniah…