fbpx

Mantap! Ni ja yang kami boleh cakap bila telefon pintar realme 7 Pro ni betul-betul macam yang kami impikan. Kami pasti anda pun idamkan telefon pintar macam ni kan?

Siapa yang tak nak kalau telefon pintar anda mempunyai kamera 64 Megapixel dengan sensor Sony IMX682 dan bateri hanya mengambil masa 34 minit sahaja untuk cas penuh! Gila lah…

Telefon pintar keluaran realme pertama yang lulus TÜV Rheinland Smartphone Reliability Verification ini pasti takkan mengecewakan anda. Bagi anda yang memang ‘kaki selfie’ dan suka sangat mengambil gambar, Hah! Anda dah jumpa ‘jodoh’ anda.

Perfecto! Kamera 64 Megapixel Dengan Sensor Sony IMX682

Telefon pintar yang didatangi dengan 2 warna Mirror Silver dan Mirror Blue ini dilengkapi dengan kamera 64 megapixel dengan sensor Sony IMX682.

Kamera dengan Sensor Sony IMX682 ini mempunyai kemampuan light-sensing yang luar biasa gais. Walaupun background belakang anda nanti gelap, kurang cahaya, tapi dengan menggunakan kamera dari realme 7 Pro ni, gambar anda akan jadi sangat terang dan cantik!

Bukan itu jer, kamera realme 7 Pro juga mempunyai tiga filter malam paling popular iaitu Cyberpunk, Flamingo dan Modern Gold. Dengan hanya satu ‘tap’, anda boleh klik suasana malam yang cantik.

Yang kat bawah ni pulak imej menggunakan starry mode. Memang cun habis. Malam-malam pun kalau anda ambik gambar bintang ni memang betul clear dan sharp! Dah macam phootographer profesional ha…

Dikuasakan Cipset Snapdragon 720 Dengan 65W SuperDart Charge

Kamera memang dah letop dah, dia tambah pulak dengan pengecasan penuh bateri hanya mengambil masa 34 minit sahaja! Ia dikuasakan dengan cipset Snapdragon 720 dengan 65W SuperDart Charge! Patutlah laju…Siapa jer yang tak jatuh cinta? Betul save masa gais!

Bateri yang besar iaitu 4500mAh ini juga memang sangat membantu penggunaan harian anda nanti. Memang ‘asyik’ lah tengok media social anda tanpa gangguan nanti. Nak bergayut dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam pun tak ada masalah bateri low dah nanti.

Kamera Selfie Pun Tak Kurang Hebatnya

Kamera depan, 32MP In-display Selfie Camera yang sangat jelas ini memang betul memenuhi keperluan selfie anda. Terserlah kecantikan natural beauty anda tu nanti.

Kamera depan realme 7 Pro yang mempunyai 32MP, iaitu resolusi kamera depan paling tinggi bagi produk mereka. Disertai dengan Artificial Intelligence (AI), kamera selfie ini pasti memberikan gambar terbaik walaupun dalam gelap.

Tak Menang Tangan Ambil Gambar

Selain daripada itu, realme 7 Pro ini juga dilengkapi dengan lens ultra wide-angle dengan pandangan 119° ini. Dengan satu klik jer, anda boleh mengambil gambar pemandangan, landskap dan gambar grouping dengan perfect!

Bukan itu jer, anda juga mengambil gambar dan menikmati keindahan dunia mikro dengan jarak shooting 4cm sahaja. Pergh! Pasni banyak lah ekperimen gambar yang anda boleh buat.

Untuk anda yang nak feeling-feeling klasik atau retro. Anda patut gunakan lensa potret B&W. Memang betul tak menang tangan lah nanti kalau bab bergambar ni!

So amacam gais? On tak On? Dah takyah dok tunggu-tunggu lagi. Masuk jer Siri realme 7 dalam pasaran Malaysia nanti, anda terus grab jer telefon pintar ni okay! Saksikan live streaming pelancaran siri realme 7 pada 24 September ini pada 12 tengah hari di Facebook rasmi realme!