fbpx

Bertudung atau berhijab memang satu tuntutan agama yang perlu di’turuti oleh wanita Muslim dan amalam murni ini kini bukan sekadar memenuhi tuntutan agama malah memiliki bahagian sendiri dalam dunia fesyen.

Menyedari perkara ini, Sunsilk mengambil langkah mereka lebih sedekad yang lalu untuk memperkasakan wanita yang memakai hijab dan telah menghasilkan Lively Clean & Fresh untuk menangani keperluan unik penjagaan rambut wanita yang berhijab.

Sunsilk mengambil satu langkah lagi membentuk kolaborasi strategik dengan Islamic Fashion Festival (IFF) untuk memberikan inspirasi kepada pemakai hijab untuk mencapai pelbagai kemungkinan.

Anda juga boleh mencapai impian anda dalam bidang fesyen hijabi yang semakin menjadi perhatian ramai hari ini.

Kolaborasi Sunsilk & IFF ini menyediakan platform untuk memupuk bakat baru dalam bidang rekaan fesyen & menjadi model atau peragawati hijabi — serta anda boleh merebut peluang untuk menunjukkan bakat mereka di pentas fesyen antarabangsa IFF.

10 orang pereka dan model teratas daripada peraduan ini akan menerima peluang menyertai program mentor daripada personaliti ikonik industri fesyen.

#01 Sunsilk Lively Clean & Fresh - ROTIKAYA

Anda berminat untuk untuk menunjukkan bakat dalam rekaan fesyen hijabi atau anda mempunyai kualiti sebagai peragawati fesyen muslimah ini? Ini caranya.

Saya ingin jadi pereka fesyen hijabi!

  1. Layari Facebook rasmi Sunsilk
  2. Hantarkan gambar foto anda dengan sebarang produk Sunsilk Lively Clean & Fresh  
  3. Hantarkan sehingga tiga (3) reka bentuk fesyen hijab dalam format JPEG, JPG dan PNG
  4. Sertakan butiran peribadi anda dalam ruang yang disediakan & klik hantar!

Saya ingin jadi peragawati hijabi!

  1. Layari Facebook rasmi Sunsilk
  2. Hantarkan dua (2) set foto anda dengan pakaian bertemakan London, Paris dan New York bersama sebarang produk Sunsilk Lively Clean & Fresh:
    – Satu keping gambar penuh badan
    – Satu keping gambar separuh badan
  3. Sertakan butiran peribadi anda dalam ruang yang disediakan & klik hantar!

Screen Shot 2013-06-30 at 9.18.38 PM

Jadi, tunggu apa lagi? Biar pereka fesyen mahupun peragawati hijabi, langkah anda bermula di sini bersama Sunsilk. Tempoh peraduan hingga 31 Julai 2013.