fbpx

Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Misya Mazlan berkata sambutan hari raya tahun ini berbeza daripada sebelumnya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, sambutan hari raa tahun ini juga disifatkan mencabar kerana perlu mengalah dan bahagi dua.

BACA: Madu Marissa Tak Tolak Andai Dapat Anak Ketiga

“Tahun ini (raya) agak mencabarlah sebab mengalah dan bahagi dua,” katanya.

Jawapan diberikan Misya itu sekaligus memberi bayangan mengenai status suaminya, Aslam yang dikatakn sudah berkahwin dua dan perlu beraya secara bergilir-gilir.

Sementara itu, rata-rata netizen sebak dengan jawapan diberikan oleh Misya itu apabila kena mengalah serta mendoakan agar wanita itu terus tabah menghadapi ujian tersebut.

Sehingg kini, Misya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan suaminya sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. Namun, kakaknya Nadiah Maslan mengesahkan mengenai perkara itu,