fbpx

Madu Marissa Tak Tolak Andai Dapat Anak Ketiga

Baru-baru ini tular video memaparkan madu kepada Marissa Dania iaitu Misya Mazlan dilihat sedang disolek untuk sebuah acara atau sesi fotografi.

Ketika sedang disolek, Misya ditanya mengenai sama ada dia mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata ketiga bersama suaminya, Aslam.

BACA: “Ajar Hati Terima Keadaan Tanpa Membenci” – Madu Marissa

@eaisyah_listra

Harini kita saje interview Umisya sikit sementara bersiap utk shooting? #husbandwife #masalahwanita #fyp #ttc #ikhtiarhamil #ttcjourney #masalahperiod #umisyamazlan #umisya #aslam #marissa #marissadania

? original sound – Eaishah Listra – Eaishah Listra

Tenang menjawab soalan tersebut, Misya sempat berseloroh ‘tiga’ yang dimaksudkan merujuk kepada lelaki berkahwin tiga atau anak nombor tiga.

“Tiga yang mana tu kak? Yang nombor tiga ehem ke atau anak nombor tiga?  Saya masih pertimbangkanlah kalau ada tu Alhamdulillah. Tapi apa-apa pun masih merancanglah,” katanya.

Sementara itu, wanita berusia 25 tahun itu turut berkongsikan pengalaman melahirkan anak sulungnya pada usia 21 tahun dan tidak mengalami alahan sepanjang hamil kedua-dua cahaya mata.

“Alhamdulillah sewaktu mengandung kedua-dua anak saya tidak mengalami alahan mabuk atau mengidam sebab saya tidak perasan pun saya sedang mengandung.   

“Sebenarnya saya masuk hospital bukan atas sebab dah sampai due date. Sewaktu mengandung saya ada kencing manis. Tiba-tiba malam tu sudah terbuka bukaan. Kiranya saya pun belum cukup bersedia mental nak bersalin,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Marissa Dania dikatakan telah bernikah dengan suami Misya iaitu Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.