fbpx

Walaupun Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak dapat pulang ke kampung, tiada kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan melakukan rumah terbuka, mungkin juga ada yang beraya keseorangan, rakyat Malaysia tetap meraikan Hari Raya dengan gembira. Bagi menangani situasi genting ini, kita semua disarankan untuk melakukan penjarakan sosial dimana kita berada.

Tetapi Hari Raya lebih bermakna dengan adanya Huawei Y6p, telefon baharu keluaran Huawei yang ditawarkan pada harga RM559. Meskipun harga berpatutan dan mampu dimiliki telefon pintar Huawei Y6p ini padat dengan ciri-ciri terbaru dan canggih.

1. Huawei Y6p Aksesori Cantik Dipadankan Dengan Baju Raya

Raya kan sebulan, meskipun tak dapat pulang ke kampung berjumpa ibu ayah, Hari Raya anda tetap meriah dengan adanya Huawei Y6p. Memiliki skrin dan bateri yang besar akan buat anda teruja terokai setiap ciri telefon pintar ini.

Paling penting sangat mudah untuk anda menyimpan gambar dan video dari sanak saudara serta gambar OOTD raya anda. Bateri pun kenalah tahan lama untuk menanti panggilan telefon, video dan mesej dari keluarga dan rakan-rakan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai lepaskan rindu di kampung.

Y6p mempunyai 3 warna menarik Phantom Purple, Emerald Green dan Midnight Black yang dapat dipadankan dengan baju Hari Raya atau pun baju OOTD anda.

2. Panggilan Video Bersama Yang Tersayang

Hadir dengan skrin bersaiz 6.3 inci (resolusi 1600×720), amat selesa untuk panggilan video dan bermain game mahupun shopping online. Barulah boleh lihat puas-puas barangan pilihan anda sebelum membeli.

Bagi yang meraikan Hari Raya tanpa ibu bapa di sisi dan cuba untuk masak lauk istimewa Hari Raya sendiri, ini lah peluangnya untuk anda buat panggilan video bersama ibu bapa, rakan taulan dan masak bersama walaupun dalam alam maya.

3. Rakam Memori Di Hari Raya

Y6p didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, sesuai untuk mengambil gambar dan video. Bolehlah anda rakam gelagat ibu sedang memasak, untuk dikongsi bersama abang dan kakak yang tidak dapat pulang beraya.

Jangan tak tahu, Huawei Y6p juga mempunyai ruang memori besar iaitu 64GB yang boleh menyimpan gambar dan video yang banyak.

Paling syok bila anda membeli peranti Y6p ini anda layak untuk mendapatkan 15GB cloud storage secara percuma selama 12 bulan.

4. Duit Raya Tanpa Tunai

Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi secara dalam talian sahaja. Setiap peranti Huawei termasuklah model baharu, Y6p, anda boleh mengakses AppGallery di mana ia menawarkan beratus aplikasi terkini untuk kemudahan.

Antara aplikasi popular yang ada di dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost. Alhamdullilah! Masih boleh hantar dan terima duit raya!

5. Menonton Filem Bersama Di Rumah

Khas untuk anda pengguna Huawei Y6p, anda boleh menikmati Viu Premium secara percuma selama dua bulan. Bestnya! Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini.

Dengan adanya Viu Premium, anda boleh menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan, serta filem eksklusif untuk pelanggan Viu Premium.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan dengan segera telefon pintar dengan skrin dan bateri yang lebih besar ini sekarang. Terjah mana-mana kedai rasmi Huawei ataupun anda boleh membeli secara dalam talian.

Maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web rasmi serta Facebook Huawei Malaysia.