fbpx

Pelakon dan pelawak Achey berkongsikan perkembangan terbaru mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Achey berkata isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan.

BACA: Isteri Buat Rawatan IVF Sebagai Hadiah Hari Jadi Achey 

“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.

“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat. Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.

“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” tulisnya.

Perkongsian Acheyt itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis yang mendoakan agar proses tersebut berjalan lancar serta dipermudahkan Allah.

Ogos lalu, Achey dan isteirnya berkongsikan berita bahawa mereka sedang mencuba melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.

Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.