fbpx

Ratu Rock Malaysia, Ella Nikah Esok Dan Terima Wang Hantaran RM50,000

Seperti yang semua sedia maklum, pernikahan paling di’nanti sejak era kegemilangan rock di Malaysia bakal berlangsung esok bersamaan 7 Julai 2012.

Ella atau nama sebenar Norzila Aminuddin bakal bernikah dengan jejaka pilihan bernama Azhar Ghazali yang bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Firefly.

Acara pernikahan Ella & Azhar Ghazali bakal berlangsung di rumah keluarga pihak perempuan di Teluk Gadong, Klang atas permintaan ibu Ella sendiri, Yang Asmah Yong, 85.

Berita Harian hari ini melaporkan yang pihak lelaki bersetuju untuk memberikan RM50,000 sebagai wang hantaran berserta 7 dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, resepsi perkahwinan Ella dan Azhar Ghazali hanya akan berlangsung pada 1 Disember 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).