fbpx

“Rasanya Selepas Ini Saya Kena Mandi Bunga”

Boleh tahan banyak juga perkara yang menimpa Kamal Adli sejak kebelakangan ini. Bermula dari kontroversinya melibatkan Zahirah MacWilson dan akhirnya kembali menjadi kawan kepada Emma Maembong, kehidupan Kamal turut terpalit dengan masalah lain.

BACA: “Kamal Adli Kata Saya Yang Terhegeh Hegeh”

Menurut pelakon lelaki ini, minggu lalu dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kereta yang dinaikinya remuk di bahagian depan gara-gara mengelak daripada terkena tayar lori.

“Alhamdulillah, saya tidak cedera cuma sedikit terkejut susulan kejadian yang berlaku. Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak tayar sebuah treler yang lengkap dengan rim tiba-tiba jatuh bergolek di tengah-tengah jalan”

“Jadi, bahagian hadapan kereta saya rosak teruk kerana hentaman yang kuat. Pada malam itu juga saya terus membuat laporan polis dan difahamkan selain saya ada juga beberapa buah kenderaan lain yang mengalami kes serupa.

“Apapun, saya terima semuanya dengan reda. Rasanya selepas ini saya kena mandi bunga,” katanya bergurau Astro Gempak.

Bertabahlah wahai Kamal. Bukan semua orang mampun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan mungkin juga ada rezeki lebih besar menanti di masa hadapan. (rtky/s)