Anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah Aliff Syukri menyifatkan tindakan bapanya melancarkan lagu raya serentak dengan lagunya, Raya Gen Z sebagai satu persaingan sihat.
Memetik Kosmo, Qadejah berkata dia menyifatkan lagu rayanya bersama Ara Aziz, Alyssa Dezek dan Cik B lebih baik berbanding lagu bapanya.
BACA: Gaji Cecah Ratusan Ribu, Aliff Syukri Ditawar Jatawan CEO
“Baru-baru ini ketika kami sekeluarga makan malam, saya dan abah saling berpandangan dan bertanya mengenai lagu raya masing-masing. Kemudian, kami dengar lagu sama-sama. Rasa-rasanya lagu saya lebih sedap sebab saya tak faham lagu abah.
“Saya rasa tercabar, tetapi persaingan adalah benda yang baik sebab akan buatkan kita untuk sentiasa memperbaiki diri,” katanya.
Bapanya tampil dengan lagu raya berjudul Raya Ya Ya bersama Iman Troye, Qadejah berkata Iman banyak membantu dalam lagu berkenaan serta menyelamatkan suara bapanya.
“Abah cakap, lagu saya sedap tapi tetap cakap lagu dia lebih baik walaupun hakikatnya tidak pun. Iman membantu terlalu banyak untuk lagu raya mereka. Tanpa Iman, lagu itu biasa sahaja. Kehadiran Iman dapat selamatkan suara abah,” katanya.
Dilancarkan pada 1 Mac lalu, lagu Raya Gen Z kini sudah mendapat tontonan sebanyak 78,000 manakala, lagu Raya Ya Ya sudah mencecah lebih 500,000 tontonan.
SUMBER: Kosmo