Gaji Cecah Ratusan Ribu, Aliff Syukri Ditawar Jatawan CEO

Usahawan kosmetik sensasi, Dato’ Sri Aliff Syukri kini dalam dilema sama ada mahu menerima tawaran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff dilihat ada memuat naik surat tawaran berkenaan dengan gaji pokok mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.

BACA: Aliff Syukri Beri Hint Bakal Keluar Lagu Raya, Netizen Tak Sabar

Dalam surat tawaran itu, turut disertakan tarikh mula bekerja sebagai CEO itu pada pertengahan bulan ini.

Sementara itu, Aliff turut berseloroh dengan menyatakan kebimbangannya jika staf baru nanti akan terkejut dengan makiannya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan jumlah gaji yang ditawarkan serta mengakui usahawan itu sememangnya hebat dalam perniagaan terutamanya ‘marketing’.