fbpx

Tamat sudah program Famili Duo pada Ahad lalu, penyanyi Ayda Jebat berkata dia tidak mahu menyertai lagi mana-mana program berkonsepkan realiti. 

Memetik Media Hiburan, Ayda bagaimanapun masih terbuka untuk membabitkan diri dalam pertandingan yang tidak memerlukan komitmen mingguan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

BACA: Berhabis RM150,000 Untuk Famili Duo, Ayda Jebat Akur Tiada Rezeki Juara

“Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi. Saya beritahu jujur. Sebenarnya masa, energi dan kreativiti itu kita tak boleh nak… Macam mana nak cakap ya. Saya rasa sudah cukuplah. Maksud saya, yang berbentuk realiti.

“Kalau Anugerah Juara Lagu itu lain, insya-Allah. Yang bukan perlukan komitmen pada tiap-tiap minggu,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia belum berkongsikan keputusannya itu dengan Nabil Mahir namun suaminya mengenali dirinya.

“Saya tidak beritahunya lagi (mengenai keputusan tersebut). Tapi saya rasa dia mengenali saya seorang yang bagaimana.

“Cukuplah setakat ini. Tidaklah serik… tapi buat masa sekarang biarlah saya beri fokus terhadap perkara lain pula selepas ini,” katanya.

Ahad lalu, Ayda Jebat dan adiknya Fyna Jebat dinobat Naib Juara Famili Duo musim kedua serta membawa pulang hadiah RM20,000.