Berhabis RM150,000 Untuk Famili Duo, Ayda Jebat Akur Tiada Rezeki Juara
Merangkul tempat naib juara program realiti Famili Duo malam tadi, Ayda Jebat akur tiada rezeki untuknya dan adiknya, Fyna Jebat untuk bergelar juara.
Memetik Xtra, Ayda berkata kos keseluruhan dikeluarkan untuk mereka bertanding dalam program itu melebihi RM150,000.
BACA: “Maaf, Adik Saya Enggan Beri Komen Kerana Banyak Hati Harus Dijaga” – Ayda Jebat
“Sepanjang lapan minggu bertanding, kos keseluruhan yang saya keluarkan sudah melebihi RM150,000. Tapi tiada rezeki kami untuk bergelar juara,” katanya.
Mengulas mengenai jumlah kos yang dikeluarkan tidak berbaloi, namun Ayda berkata dia tetap berpuas hati kerana dapat memberikan yang terbaik.
“Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu.
“Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya.
“Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal ‘practicality’.
“Sudah menjadi adat pertandingan, ada menang, ada yang kalah tetapi pengalaman yang ditimba tak boleh saya beli di tempat lain. Rezeki sudah tertulis setakat naib juara, Insya-Allah ada yang lebih baik selepas ini,” katanya.
Semalam, pasangan The Jebats itu dinobat sebagai naib juara dan membawa pulang RM20,000. Juara Famili Duo menjadi milik anak-anak Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang membawa pulang RM100,000.
- SUMBER
- xtra
Mmg anak2 jamal lg berbakat dan suara lg sdp dri korg pun. Props atau pakaian tu markah tambahan jer. Yg betul2 org nmpk dan rasa adalah bakat atau suara penyanyi tu sendiri
Mak aii no 1 dpt 100k, no 2 dpt 20 ribu jer? Napa jauh no gap nilai hadiah tu?!
Maknanya kalau jadi juara pun still tak balik modal lah ye..
Korang dengar x suara & nyanyian korang sendiri? Terpekik2 dan kadang tenggelam. Bukan semua boleh cover dengan sekampung atas pentas.
Sorang tu mmekak, sorang tu pnyondol. Mne blh menang!!rmi org x pueh ati la.
Ape yg sampai 150k? Baju semalam mcm diperbuat daripada kertas kadbod jer..hahaha . Teroks betui penyanyi penyanyi sekarang dlm berfesyen dan make up dlm pertandingan nyanyian skrg ni. Dah mcm badut sarkas pun ada, mcm pakaian beragam perarakan sekolah pun ada gak. Malu jer kalau penyanyi antarabangsa nonton artis artis Malaysia. Takde kelas!
tak berbaloi masuk program ni, juara 100k, naib juara 20k? tempat ke 3?
Apa ni min. Berita anaknjamal juara tak ada ke? Cerita pasal the jebats pulak. Kita nak tgk the jamalsssss
dari dulu lagi suara biashe2 je. tak de la wow factor sgt. orang skrang ni ramai yg perasan bagus. sekian.
Tula sape soh jadi pengondol.. Kan dh kalah.. Suara pn sendu
Fashion apa ni? Dah mcm the mask singer dh aku tgk..haha overrr
tempat ke3 RM500.00 je ke… tah hape2 gap no satu n no 2 banyak betul… pelik2 lah…
sepatutnya NO1: RM100K NO2:RM50K NO3:RM30K… ok la sikit…. huhuhu
Banyak duit dia ni yer. No wonder mampu beli kejuaraan di The Masked Singer sampai Idayu tersingkir semi final, Hael, Hanbyul dan Syamel pun kalah dgn si Ayda, xpsl2 AJ ke laut dh selevel Shila Amzah ngn Ayda Abdul giteww