fbpx

“Rasa Macam Ini Kali Terakhir Beraya Sebagai Perempuan”

Sebelum ini, kisah penghijrahan usahawan kosmetik Safiey Illias menjadi perhatian ramai. Namun, transformasinya yang kembali menjadi seorang perempuan membuatkan netizen kurang senang.

Menerusi posting terbaru di Instagram, Safiey Illias seolah membayangkan tahun ini seperti tahun terakhir dirinya menjadi sebagai seorang perempuan. Turut memuat naik foto kedua ibu bapanya, Safiey mengakui sedih kerana tidak dapat membahagiakan mereka.

BACA: Kisah Safiey Ilias Dapat Liputan Media Antarabangsa

“Bila tengok muka mak ayah rasa macam nak happy kan hati mereka. Tak ada apa dah nak kejar kat dunia ni. Semua benda dah ada. Kereta rumah, cuma satu je tak dapat lagi nak tunai dan capai iaitu happy kan hati mak ayah.

Safiey turut meluahkan rasa bimbang siapakah yang akan sembahyangkan jenazah ayahnya jika bapanya pergi menghadap Ilahi suatu hari nanti.

Dalam pada itu, Safiey turut memohon maaf kepada semua atas salah silap yang dilakukan dan berharap semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus kepadanya.

“I am sorry uolls semua kalau ada buat silap dan salah. Iolls betul-betul tak kuat dah bila tgok muka mak dan ayah. Dah tua, siapa nak sembahyangkan jenazah ayah kalau dia meninggal kalau anak laki dia yg dia doa smpai jadi pandai segala bab pendidikan termasuk agama,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata positif serta mendoakan agar Safiey akan kembali ke fitrah asal suatu hari nanti. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja buat Safiey .