Pelakon Elfira Loy berkongsikan luahan hatinya selepas pemergian ibu tercinta, sebelum ini dia sudah biasa hidup bergantung pada ibunya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Elfira berkata dia cuba untuk kuat namun mengakui ianya bukan perkara mudah.

BACA: Elfira Loy Pakai Baju Arwah Ibu Sebagai Pengubat Rindu

“Kuat je sebenarnya. Takdelah rindu sangat sebab hari hari jumpakan cuma tulah, dah biasa hidup bergantung pada mama bila takde tu memang rasa takde tu,” tulisnya.

Sementara itu, Elfira berkata dia turut menyedari kehidupanya selama ini rasa dilindungi kerana doa ibunya.

“Rasa macam hidup sebelum ni memang dilindungi sebab doa mama. Sekarang, tak rasa selamat, tak rasa best, tak rasa fully happy, tak rasa manis,” tulisnya.

Pada 6 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya dijadual menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi serta memohon doa orang ramai agar prosedur itu lancar.

×