fbpx

Rapat Dengan Fazura, Zahirah Ada Niat Lain?

Baru-baru ini, pelakon Zahirah MacWilson memuat naik gambar mesra bersama pelakon cantik Nur Fazura. Namun ada pihak yang menyalah ertikan hubungan mereka itu dengan mengatakan Zahirah ada niat tidak baik.

Namun menurut Zahirah, dia tidak mempunyai maksud lain berkawan dengan Fazura dan menjelaskan mereka sudah lama rapat sejak dua tahun lalu.

BACA: Zahirah Macwilson Idam Lelaki Kelakar, Tak Kacak

“Kami kenal sudah lama, sejak dua tahun lalu ketika kami sama-sama terbabit dalam penggambaran komersial. Sejak itu, kami berdua menjadi rapat, tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui.

“Jangan salah anggap persahabatan kami kerana mahu berkomplot atau mempunyai maksud lain. Itu tidak benar sama sekali. Kami ikhlas ketika berkawan dan rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada dirinya sudah bersedia untuk kembali bercinta, Zahirah berkata jejaka yang bakal mencuri hatinya akan muncul pada masanya nanti.

“Ketika ini, saya masih single dan ingin memberikan fokus kepada kerjaya lakonan. Tetapi, itu tidak bermakna sehingga saya mengabaikan keinginan untuk bercinta.

“Jika nanti perasaan itu datang tiba-tiba, saya akan terima. Semuanya sudah tertulis dan saya percaya, jejaka itu akan tiba tepat pada masanya nanti,” katanya.

Dengar cerita Zahirah idamkan lelaki kelakar. Rupa tak kacak pun tidak mengapa sebab baginya kebanyakan lelaki kacak tak berguna. Siapa berkenan boleh la cuba nasib.