Rapat Dengan Anak-Anak, Netizen Harap DSV & Shuib Berjodohan
Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida ada berkongsikan video memaparkan pelawak Shuib Sepahtu dan anak-anak melawatnya di Ipoh, Perak.
Menerusi video itu, dapat dilihat hubungan rapat Vida dan anak-anak Shuib serta melayan seperti darah dagingnya sendiri.
BACA: Kedai Boba Cik B Disihir, DSV Renjis Air Daun Bidara Halau Jin
Vida turut menulis kapsyen mengatakan mengenai hubungannya dengan Shuib serta anak-anak sememangnya sangat akrab.
View this post on Instagram
Malah, Vida turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana mengizinkannya untuk menumpang kasih dengan anak-anaknya iaitu Uwais, Talita dan Matin.
Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berharap Vida dan Shuib bertemu jodoh serta mengatakan mereka nampak sesuai.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sebak melihat hubungan baik yang terjalin antara anak-anak Shuib dan Vida kerana seolah merindui ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah. Kata netizen lagi, Vida juga pernah kehilangan dua anaknya dan mereka sama-sama pernah merasa kehilangan.
aku tak follow media sosial Shuib/arwah Siti Sarah. Memang betul la ni, DSV rapat dengan famili shuib?
Tak sangka …. Muka itik bengkak pun ada org nak ….
Kaya sma kaya ..sama2 usahawan…oklah tu bole bina empire sama2…p shuib tak gerun ke dgr gelak dato vida…
rapat sebagai kakak dan adik.. budak2 tu mungkin dah anggap dsv macam makcik diorang..
btw muka anak shuib ada weh iras iras DSV.. inshaAllah jodoh kuat tu.. empire lagi besarrr
Memang sesuai. Vida, Shuib sama-sama attention seeker.
Asyik-asyik dua ekor ni di RotiKaya. Jadi menyampah benar sampai NAK MUNTAH!!!
Rapat dgn anak, netizen harap DSV dan Shuib tidak berjodohan sbb tidak semestinya rapat ngan anak bermakna rapat ngan ayahnya.