fbpx

Ramona Zamzam Tak Peduli Rakan Artis Terasa Hati Isu Blockout2024

Pelakon Ramona Zamzam berkata dia tidak peduli jika ada rakan artis yang terasa hati dengan tegurannya berhubung gerakan Blockout2024 yang dilancarkan sejak bulan lalu.

Memetik mStar Online, Ramona berkata dia tidak tujukan teguran itu kepada mana-mana individu sebaliknya mahu menyedarkan selebriti tempatan yang memilih untuk bersikap neutral.

BACA: Suami Bukan Kaki Media Sosial, Ramona Zamzam Tak Risau Penyondol

“Bagi saya siapa yang makan cili dia yang terasa pedas, sejujurnya saya tak tujukan teguran itu kepada mana-mana individu. Tapi ada yang terasa. Saya harap mereka rasa tertampar dengan teguran yang saya berikan.

“Saya nak mereka tahu kalau mereka terasa itu semua berpunca dari perangai mereka juga,” katanya.

Lantang menyelar tindakan artis yang baru bersuara selepas nama mereka muncul dalam senari boikot, Ramona berkata dia tidak menerima sebarang ancaman.

“Tiada siapa yang datang menyerang saya secara berdepan atau fizikal tapi saya tahu dan sedar ramai yang tak berpuas hati dengan saya. Kalau ada yang terasa, teruskan. Saya hanya buat hal saya sendiri, itu saja,” katanya.

SUMBER: mStar Online