Ramona Zamzam Akui Belum Sedia Timang Anak
Bakal meraikan ulangtahun perkahwinan pertama pada 1 Mei ini, Ramona Zamzam dan suami masih mahu meluangkan masa berdua-duaan dan mengakui belum bersedia untuk menimang cahaya mata buat ketika ini.
BACA: Sekitar Resepsi Ramona Zam Zam dan Rami Alashkar Di Perak
“Alhamdulillah, selepas berkahwin Ramona rasa seronok. Rasa masih dalam musim percintaan walaupun sudah hampir setahun kahwin. Rasa belum puas bercinta dengan suami. Masih banyak yang Ramona ingin tahu tentang suami”
“Kami masih dalam proses saling mengenali. Ramona masih mahu bermanja-manja dengan suami. Mahu dia berikan sepenuh perhatian kepada Ramona. Apabila ada waktu terluang, Ramona mahu keluar berdua-duaan dengan dia”
“Perkara-perkara ini membuatkan Ramona mahu menangguhkan hasrat untuk menimang cahaya mata. Suami pun memahami dan dia tidak mempunyai isu tentang perkara ini. Mungkin selepas dua tahun usia perkahwinan, kami akan mula merancang untuk dapatkan anak,” katanya kepada Tonton Extra. (rtky/s)
x payah la desak dia…take your time.
Jgn risau…dh ade anak pon still leh bermanja n berdating ngan suami
Anak tu rezki…jgn anggap anak tu penyekat keromantikan somi isteri ya
Ramai pasangan yg berkahwin menunggu rezki cahayamata….
Rezeki kurniaan Allah..
Jom buat penambahbaikan kewangan.
Sila klik : http://goo.gl/xTn29f
biar lah diaorang…korang jaga anak korang sudah. wartawan msia suka tanya soalan samdol.
memang ramona ni nampak seorang yg manja orang nya. Orang manja memang kalau boleh nak melambatkan proses dapat anak. Kadang2 jika kita kahwin muda memang tak salah kalau dapat anak lambat sikit. Tapi kalau usia dah lebih, elok jangan merancang sangat. Setiap insan sudah di atur rezeki nya di dunia ni, jadi jangan tunggu terlalu lama.
Pilihan masing2..at least die tahu ape yg die nk
ape la nak jadi dengan orang skrg
jangan suka2 tanguh nak anak. nanti Allah tak bagi baru padan dengan muka kau. ape la nak jadi org zaman skrg ni. eh kau pegi dengar sana ape ustaz kazim elias cakap.