Perkongsian pelakon Fattah Amin yang muncul sebagai cover menerusi majalah Glam menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan imej rambut merah.
Menerusi perkongsian itu, kenyataan Fattah mahu menjadi seorang manusia, Muslim dan bapa yang lelbih baik serta mahu memberi fokus pada kerjayanya tahun ini.
BACA: “Yang Di Hati Jangan Jalan-Jalan” – Fattah Amin Dah Jumpa Pengganti?
View this post on Instagram
Menurut Fattah lagi, dia juga mahu menjadi seorang selebriti yang boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai serta berharap agar dipermudahkan urusan pada tahun 2025 ini.
“Saya mahu menjadi seorang manusia, Muslim dan bapa yang baik. Tahun ini juga saya ingin memberi fokus yang lebih kepada kerjaya saya.
“Saya mahu menjadi seorang selebriti yang lebih baik berbanding sebelumnya yakni boleh memberi inspirasi kepada mereka di luar sana. Semoga tahun ini, Allah SWT sentiasa melindungi saya,” katanya.
Bagaimanapun, diruangan komen ada segelintir netizen yang kurang senang serta mempertikai kenyataan Fattah kerana seolah bertentangan dengan penampilannya untuk cover majalah berkenaan.
Malah, ada yang meluahkan rasa terkejut serta memberikan teguran kenyataan Fattah itu tidak selari dengan penampilannya yang berambut merah serta memakai rantai.