fbpx

Sejak bergelar duda ‘terhangat’, apa saja perkongsian pelakon dan penyanyi, Fattah Amin menjadi perhatian dan bualan ramai di media sosial.

Terbaru, perkongsian Fattah menjadi perhatian apabila memuat naik video di TikTok memaparkan dia kini sedang bercuti di Dubai.

BACA: Dituduh Masih Simpan Dendam Terhadap Fattah, Fazura Tak Maafkan Fitnah Netizen

Apa yang menjadi bualan adalah kapsyen video tersebut yang seolah-olah memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki seseorang.

@fattahamin

Yang di jalan hati-hati, yang di hati jangan jalan-jalan! #hatihati

? ????? ?????? – ???????”?

“Yang di jalan hati-hati, yang di hati jangan jalan-jalan,” tulisnya ringkas.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja serta ada yang mengaitkan Fattah dengan Amira Othman kerana kapsyennya mirip seperti lagu penyanyi berkenaan.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka merestui hubungan Fattah dengan sesiapa pun namun tidak dengan masa lalu.