fbpx

“Ramai Yang Takut Dengan Netizen Berbanding Tuhan”

Pasti ramai tahu Noh Hujan dan Mizz Nina sering menyertai aktiviti amal dan misi kemanusiaan. Baru-baru ini, pasangan itu terbang ke Syria untuk membantu umat Islam di sana.

Bagimanapun, ramai netizen menyifatkan vokalis kumpulan Hujan itu tidak lagi seperti dulu. Namun, Noh memberitahu dia masih individu sama yang terus membawakan lagu berunsur Rock & Roll.

BACA: Mizz Nina, Noh Salleh Terbang Ke Syria Untuk Bantu Umat Islam

Noh memberitahu ada yang bertanyakan mengapa dia tidak membawakan lagu bersifat ketuhanan. Namun, Noh berkata dia tidak akan memenuhi permintaan orang lain dan lebih selesa menjadi diri sendiri.

“Bila saya jumpa fans je, pasti tanya ‘Noh kenapa lama tak keluar televisyen. Ada juga yang tanya kenapa saya tidak membawakan lagu Islamik. Soalan saya di sini, mengapa saya perlu memenuhi selera orang sehingga perlu ketepi kepuasan sendiri.

“Saya tak perlu jadi orang lain. Di Malaysia ini, lebih ramai orang takut dengan netizen berbanding Tuhan,” katanya kepada Xtra.

Dalam pada itu, ujar Noh lagi populariti bukan lagi kepentingan dalam hidupnya dan sudah sampai masanya untuk dia berbakti kepada masyarakat.

“Saya lebih pentingkan keseimbangan. Saya sudah set waktu untuk muzik dalam diri hanya 30% sahaja selebihnya untuk keluarga dan kerja amal.

“Kalau saya all out untuk hiburan, apa yang tinggal? Dunia ini kejap sahaja. Saya sudah rasa zaman di atas. Sudah sampai masa saya beri semula kepada masyarakat,” katanya