Ramai Terkilan Tengok Lambang Mata Satu Di Konsert GV9

Semalam berlangsungnya konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang memaparkan persaingan sengit para peserta.

Bagaimanapun, ada cerita tak sedap didengar apabila  tular video memaparkan persembahan salah seorang peserta yang menjadi bualan ramai di media sosial.

BACA: Terlalu ‘Hyper’, Netizen Terhibur Tengok Nabil Kalut Handle Kak Lina Di GV

@cikpuanlaila

mohon jangan kecam.. aku cume nk tau je.. ?? #gegarvaganza2022 #gegarvaganza

? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna TikTok, dapat dilihat Asheed Def Gab C berduet bersama Tam Spider mempersembahkan lagu Angin daripada kumpulan Dewa19.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila terpampang satu lambang pada skrin di atas pentas ketika persembahan iaitu lambang mata satu yang simbolik dengan ‘dajjal’ dan agenda illuminati.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kecewa serta meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak yang terlibat dengan program tersebut membenarkan lambang itu berada di atas pentas.

Bagaimanapun, ada juga menjelaskan bahawa lambang tersebut diambil daripada cover album berkenaan daripada kumpulan band terkenal Indonesia, Dewa19 dan ianya sudah lama digunakan.

Terdahulu, anggota kumpulan Dewa19 iaitu Ahmad Dhani menafikan ia adalah lambang mata dajjal dan penuh dengan illuminati.

Sebaliknya cover dari album Cintailah Cinta itu dilukis oleh seorang pelukis dan dalam mata berkenaan ‘ada’ mata lain dalamnya.