fbpx

Semalam, program Gegar Vaganza musim ke-9 membuka tirainya dengan menampilkan Nabil Ahmad serta Elly Mazlien yang menggantikan Jihan Muse kini sedang berpantang anak kedua.

Umum mengetahui, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina sememangnya mempunyai karakter yang ceria dan happy go lucky. Jadi tidak hairan sering dipilih menjadi pengacara.

BACA: “GV Dah Masuk Musim Ke-9, Tak Boleh Terlalu Statik Dengan Format Sama” – Astro

Namun, apa yang menariknya malam tadi kebiasaannya Jihan yang akan menjaga Nabil supaya acara berjalan dengan lancar, namun semalam Nabil yang perlu menjaga Kak Lina.

@faridsinclair

Replying to @Apo #gegarvaganza #gegarvaganza9 #fyp #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fypp #kualalumpur #malaysia #tiktok #kaklinapompom #kaklina #nabilahmad #viral

? original sound – Farid Sinclair – Farid Sinclair

Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok, netizen terhibur melihat Nabil yang kalut mengendalikan program berkenaan bagi memastikan GV9 berada di landasan yang betul.

Malah, ramai tidak kering gusi dengan gandingan dua pengacara itu apatah lagi Kak Lina merupakan bekas peserta program itu serta mengatakan tidak hairan jika program itu mendapat rating tinggi kerana Kak Lina.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersetuju dengan gandingan pengacara dimana akhirnya Nabil bertemu ‘buku dengan ruas’ apabila perlu berhadapan dengan hos yang sama ‘gila’ sepertinya.