fbpx

Ramai Sebak Tengok Lisa Surihani & Neelofa Menangis Di Set Shooting

Baru-baru ini perkongsian Lisa Surihani menjadi perhatian apabila aktres itu memuat naik video memaparkan dirinya bersama selebriti popular Neelofa untuk rancangan Next to Neelofa.

Menerusi entri itu, Lisa berkata dia sangat sebak ketika bersembang mengenai kisah penghijrahan bersama Neelofa dan ianya pengalaman yang tidak dijangka.

BACA: Tak Semua Artis Buat Maksiat, Lisa Surihani Sibuk Kejar Akhirat

Berbiacara tentang banyak aspek kehidupan dan berkongsi pengalaman, kata Lisa lagi dia tidak pernah menangis sebegitu ketika temu bual kerana hatinya sangat tersentuh.

Dalam video itu juga, dapat dilihat Lisa dan Neelofa menangis ketika di set penggambaran sekaligus membuatkan netizen turut sebak.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan tidak sabar untuk menonton episod berkenaan di kaca televisyen serta memuji penghijrahan kedua selebriti itu.