fbpx

Baru-baru ini tular mengenai perkongsian selebriti popular, Neelofa tentang pendapat peribadinya berkenaan berkongsi gambar ketika bercuti yang disalah erti oleh sesetengah pihak.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Neelofa menjelaskan hal sebenar mengenai kenyataannya itu serta mengatakan ianya tidak dituju kepada sesiapa.

BACA: “Rumah Berpuluh Buah Belum Tentu Janjikan Kebahagiaan” – Neelofa

@neelofa

Maaf sebab ramai kurang faham apa yang nak disampaikan ?? love you guys

? original sound – neelofa – neelofa

“Okay so kat sini, it’s just gonna be video yang saya nak explain apa sebenarnya yang saya maksudkan daripada statement yang saya buat tu.

“Okay tiada niat apa, tiada nak tuju kat siapa-siapa, tiada individu tertentu yang saya maksudkan. Demi Allah, apa yang orang perkata-perkatakan itu adalah fitnah 100%.

“Apa yang saya maksudkan macam ni okay, dia ada beberapa situasi yang berbeza. Contoh, kalau orang tu pergi atas opportunity ataupun rezeki sendiri, ada orang pergi atas tuntutan kerja, ada komitmen. Yang kerja komitmen ni berbeza.

“Jangan salah faham. Tolong ambil video, ambil foto, kerana saya akan lakukan perkara yang sama. Saya akan post IG Story, saya akan post di feed gambar, video semua. Saya akan lakukannya. Percaya pada saya, saya buat,” katanya.

Menjelas lebih lanjut,, Neelofa berkata dia juga akan melakukan perkara sama seperti merakam video dan foto sebagai kenangan sebaliknya apa yang dimaksudkan adalah sesetengah orang yang yang pergi travel bertujuan hanya untuk konten.

“Yang memang prep (buat persediaan) daripada sini lagi, yang macam memang untuk konten media sosial, yang macam stage beberapa babak konten.

“Padahal, pada ketika itu dia diberi peluang untuk menikmati, untuk be present, merasai pengalaman dan bukan banyak dengan telefon faham tak,” katanya.