fbpx

Ramai Risau Tengok Elisya Sandha Melompat Ketika Majlis Baby Shower

Dijangka melahirkan cahaya mata sulung pada 16 Jun ini, pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy bakal menimang cahaya mata perempuan. Jantina anak pasangan itu didedahkan dalam majlis baby shower yang diadakan semalam.

Video gender reveal itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik suasana ketika majlis itu berlangsung.

BACA: Elisya Sandha Hamil Tujuh Bulan, Suami & Mentua Menangis Kegembiraan

@krkiffy

Semoga dipermudahkan semuanya buat @elisyasandhaaa #lotsoflove #doayangbaikbaik #kitajagakita #staysafe #fyp #foryourpage

? original sound – KR Kiffy – KR Kiffy

Sebaik sahaja mendapat tahu bakal menimang cahaya mata perempuan, Elisya dilihat melompat kegembiraan. Namun, reaksi Elisya itu menimbulkan rasa bimbang netizen apatah lagi pelakon itu sedang sarat hamil.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberi nasihat kepada pelakon itu tidak terlalu lasak kerana bimbang akan kandungannya itu. Bagaimanapun, ada netizen mengatakan mungkin pelakon itu terlalu gembira.

Turut menjadi perhatian reaksi ibu mentua Elisya iaitu Sheila Rusly yang turut melompat gembira bakal menimang cucu sulung perempuan tidak lama lagi.