fbpx

Ramai Puji, Tergilakan Warna Kulit Nabila Huda

Jika anda mengikuti media sosial Nabila Huda, pasti mengetahui pelakon berbakat besar itu kini sedang melancong di luar negara.

Jika sebelum ini Nabila atau lebih mesra disapa Abil berada di Indonesia, kini pelakon itu menghabiskan masa bercuti di Maldives pula.

BACA: “Sampai Mati Pun Saya Takkan Tinggalkan Kerjaya Lakonan” – Nabila Huda

Abil juga tidak lokek berkongsikan beberapa gambar ketika berada di negara tersebut sambil menikmati air lautnya yang jernih dan kebiruan.

Terbaru, Abil ada memuat naik gambarnya berada di atas kapal yang berada di tengah-tengah laut dan dilihat hanya memakai baju dalam bersama seluar.

Perkongsian Abil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum serta memuji kecantikan kulit dimiliki pelakon itu.

Tidak kurang juga, ada yang menggelar Abil sebagai Rihanna Malaysia serta ada yang memuji keyakinan pelakon itu yang bangga mempunyai kulit yang tanned.