fbpx

Ramai Puji Bekas Isteri Datuk K Lawat Siti Aafiyah

Baru sahaja melahirkan bayi sulung, Datuk Seri Siti Nurhaliza semalam telah menerima kunjungan istimewa iaitu bekas isteri Datuk K, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang ingin bertemu dengan Siti Aafiyah.

BACA: 6 Perkara Menarik Tentang Baby Datuk Siti Nurhaliza

“Alhamdullillah. My pleasure DS Kak Tengku. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga. Amin ya rabb,” tulisnya di akaun Instagram semalam ketika menerima kunjungan bekas isteri Datuk K.

Di Instagram, Siti berkongsi momen istimewa tersebut menerusi beberapa gambar mereka bersama. Rata-rata peminat memuji dan kagum dengan sikap Datin Zawyah yang sudi meluangkan masa melawat Siti dan anaknya itu.

Malah peminat juga turut gembira dengan keakraban Siti dan bekas isteri Datuk K yang dilihat begitu mesra dalam foto yang dikongsikan Siti. Kagum melihat bagaimana pasangan ini move on dan masih berkawan rapat sehingga kini! (rtky/w)