fbpx

Ramai Puji Anak Elfira Loy Macam Orang Korea

Sejak bergelar ibu, pelakon Elfira Loy tidak lokek berkongsikan momen bersama anaknya, Muhammaf Rayyan Khalaf buat peminat menerusi Instagram miliknya.

Baru-baru ini, perkongsian Elfira menjadi perhatian apabila pelakon itu mengatakan ramai yang samakan wajah Rayyan seperti wajah kanak-kanak Korea.

BACA: Ada Kontak Rapat, Anak Elfira Loy Jalani Ujian Saringan Covid-19

Menerusi entri itu, Elfira turut meminta peminat menyebutkan beberapa nama pelakon yang dikatakan iras anaknya serta mengatakan ketika hamil dia tidak pernah menonton drama atau filem Korea.

Diruangan komen, ada di antara peminat memberikan beberapa nama bintang Korea serta memuji kecomelan anak pelakon itu.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 1 Oktober 2019.