fbpx

“Ramai Mesej Tanya Macam Mana Nak Cerai”

Kemelut antara Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila akhirnya selesai apabila kedua mereka sepakat dengan tiga tuntutan yang dimeterai dalam perjanjian persetujuan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Dalam pada itu, Nabila mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada pengikut di media sosial yang bertanyakan mengenai penceraian. Ujarnya, ramai yang bertanyakan bagaimana dia kuat untuk berdepan dengan bekas suami.

BACA: Sharnaaz Ahmad Setuju Bayar Nafkah Anak RM1,200 Sebulan, Nabila Dapat Rumah 

“Bagi saya pertama sekali kita kena clearkan apa yang kita nak dalam hidup. Kalau anak keutamaan, kita fokuskan hal itu dan clearkan dengan bekas suami. Teruskan hidup jangan ada marah atau dendam.

“Tak bagus untuk kesihatan kita, hari-hari bangun emosi. Tak baik juga untuk anak-anak,” katanya.

Kata Nabila lagi, ada juga yang bertanyakan mengenai proses perceraian. Malah, turut menerima pertanyaan daripada artis yang mahu mendapatkan nasihatnya berhubung isu hal rumah tangga.

“Ramai DM (direct message) di Instagram tanya macam mana nak cerai. Nasihat saya janganlah cerai kalau benda tu sikit-sikit atau hal kecil.Tak payah lah, selesai dulu. Artis pun ada DM saya, if artis lagi lah jangan.

“Jangan datang mahkamah, benda ni akan jadi besar. Kalau kita buat keputusan drastik, benda ni memang tak boleh settle. Lagi satu jangan DM saya, boleh tanya peguam sebab saya tak boleh tolong,” katanya.