fbpx

Ramai Kata Rindu, Aliff Syukri Nekad Nak Keluar Lagu Baru

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyuarakan hasratnya untuk keluarkan lagu baru tidak lama lagi demi memenuhui permintaan peminat.

Menurut Aliff, dia menerima banyak mesej daripada peminat yang rindukan suaranya namun berdepan kesukaran kerana mendapat tentangan daripada isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

BACA: Aliff Syukri Kena Sound Dengan Bonda Rozita

“Ramai sangat mesej kata rindu dengan suara saya dan mahu saya keluar dengan lagu baharu, sejujurnya saya tak nak kecewakan mereka, jadi saya rasa perlu untuk ada satu lagi lagu.

“Nampaknya semua orang dah boleh menerima kehadiran saya sebagai penyanyi dan kaa suara saya sedap, rugi jika bakat tu dibuang begitu sahaja…mungkin sebab itu mereka minta saya menyanyi lagi.”

“Cuma cabaran sekarang ini saya kena pujuk isteri dahulu. Dia tak suka saya menyanyi lagi, dia memang halang! Tapi saya tak kisah la kalau dia nak marah saya menyanyi pun,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia mengetahui suaranya sedap namun tidak mahu lagi terpalit dengan kontroversi memandangkan usianya juga semakin bertambah.

“Saya memang nak sangat menyanyi sebab saya pun sedar suara saya sedap tapi dalam masa sama saya takut dengan kontroversi,”

“Saya ni dah tua kalau boleh nak hidup tenang-tenang sahaja tanpa sebarang isu lagi sebab itulah kebelakangan ini saya agak mendiamkan diri kerana tak mahu lagi ada apa-apa kontroversi. Bagilah peluang kepada orang baru pula,” ujarnya.