fbpx

Pelakon Faye Kusairi berkata dia terpaksa memuat naik gambar bersama suaminya, Azmi Hatta susulan timbul spekulasi rumah tangganya dikatakan berantakan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Faye menjawab tuduhan tersebut gara-gara jarang memuat naik gambar bersama suami serta menjelaskan apa yang diperkatakan netizen adalah satu fitnah.

BACA: Faye Kusairi Nafi Jual Nasi Ayam Sebab Tiada Job

“Terpaksalah upload gambar bersama suami.. ramai sangat risau pasal rumahtangga aku ni ha sampai sanggup memfitnah. Relax gais, aku ni memang sejenis kurang minat nak share apa-apa sejak-sejak dah berusia ni,” tulisnya.

Dalam pada itu, Faye turut menitipkan nasihat agar mereka diluar sana tidak menjaga hal peribadi orang lain dan fokus pada kehidupan mereka sendiri.

“Jagalah tepi kain sendiri, bertutur dan berpendapatlah benda benda yang positif dan punya manfaat. You should be living your life, so just focus on making yours a better one rather than comparing others and sticking your nose in other people’s life,” tulisnya.

Untuk rekod, Faye dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 2017. Pasangan tersebut mempunyai tiga orang cahaya mata.

SUMBER: mStar Online