Sebelum ini, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan dia mengambil keputusan untuk memperlahan kerjaya seni atas permintaan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.
Malah, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Intan berkata rutin hariannya kini berubah selepas tidak lagi sibuk dengan penggambaran.
BACA: “Rutin Harian Saya, Makan, Tidur, Memasak, Kopi, Membeli-Belah” – Intan Najuwa
“Rutin harian saya kini hanya tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah. Hidup yang sangat produktif,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah ramai yang ‘bitter’ dengan kenyataannya itu. Intan turut menjelaskan dia sudah mempunyai kerjaya, aset dan perniagaan sebelum berkahwin.
“Ramai betul mamat-mamat bitter dalam posting ni. Saya nak jelaskan saya dah ada kerjaya, aset, perniagaan dan pendidikan sebelum bertemu dengan suami. Saya juga berdikari dari segi kewangan.
“Jadi kalau saya mahu berehat sementara bukan masalah anda. Saya bekerja keras sebelum ini dan mencapai apa yang dimahukan dalam hidup. Biarlah sekarang saya nikmati alam perkahwinan,” katanya.
Dalam pada itu, Intan berkata sebagai isteri sudah menjadi kewajipan untuk mendengar cakap suami dan dia juga tiada masalah dengan permintaan tersebut.
“Ini juga permintaan suami. Bukankah seorang isteri yang baik perlu dengar cakap suami? Jika nak kembali bekerja, saya boleh buat demikian bila-bila masa, ini tahun pertama saya bergelar isteri. Biarlah saya luangkan masa bersama suami,” katanya.