fbpx

Ramai Berdebar Tengok Kemesraan Aliff Aziz, Sophia Albarakbah

Bergandingan menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang kini sedang menjalani penggambaran di Sabah, kemesraan pelakon Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah mencetuskan rasa kurang senang peminat.

Memetik Harian Metro, menerusi satu perkongsian video di TikTok Sophia, netizen meluahkan rasa bimbang serta berdebar dengan aksi mesra dipamerkan serta risau jika ianya mencetuskan masalah besar.

BACA: Bella Astillah, Aliff Aziz Terkena Sihir Pemisah

https://www.tiktok.com/@sophiaalbarakbah/video/7180920785941400858?is_from_webapp=v1&item_id=7180920785941400858

Menerusi video dikongsikan, Aliff dilihat membelai rambut Sophia sambil aktres itu merenung tepat ke wajah suami kepada penyanyi Bella Astillah itu.

Tidak kurang juga, ada yang berseloroh mengatakan bahaya kerana pasangan gandingan itu sememangnya kacak dan cantik.

Dalam pada itu, ramai yang memuji gandingan kedua pelakon itu sememangnya sepadan serta tidak sabar untuk menyaksikan drama arahan Osman Ali itu.