Bella Astillah, Aliff Aziz Terkena Sihir Pemisah
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan dia dan suaminya, Aliff Aziz menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita tidak dikenali.
Memetik Harian Metro, Bella berkata sihir tersebut dihantar untuk melihat rumah tangga pasangan itu musnah. Bagaimanapun, Bella meluahkan rasa syukur keadaan mereka semakin pulih selepas menjalani rawatan alternatif.
BACA: Mimpi Ular Besar & Anak Meracau Setiap Hari, Bella Astillah Terkena Sihir?
“Ada yang menghantar sihir pemisah rumah tangga. Kalau kata kami nak berpisah, kenapa tak berpisah dari dulu saja masa banyak kes yang terjadi antara saya dan Alif.
“Apa yang kami lalui selama lebih sebulan ini tak okey. Tapi saya bersyukur apabila Aliff tidak pernah menolak setiap kali saya ajak pergi berubat sebab dia sendiri pun dapat rasakan perubahan terhadap dirinya. Begitu juga dengan saya.
“Gangguan ini berlaku secara keseluruhan. Saya sangat takut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Terlalu berat untuk saya kongsikan.
“Tapi Alhamdulillah kami semakin pulih sebab Aliff nak pergi berubat. Mungkin sesetengah pasangan, dia tidak mahu atau tak percaya, tapi dia sama-sama nak cari jalan sebab dapat rasakan sesuatu pelik terjadi kepada kami,” katanya .
Menurut Bella lagi, dia dan Aliff akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka serta menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian serta akan lebih berhati-hati untuk memuat naik perkongsian.
“Alhamdulillah kami sudah cukup matang sekarang. Jadi, kami anggap apa yang berlaku ini sebagai ujian dan teguran untuk saya.
“Jadi sekarang ini saya perlu lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di media sosial. Mungkin sebelum ini saya terlalu kerap berkongsi hingga buat orang tak selesa.
“Aliff sekarang sedang berehat dan dia selalu beri saya sokongan moral. Dia juga selalu ingatkan saya supaya tidak mengalah dan minta saya untuk berjuang menyelamatkan perkahwinan ini.
“Rumah tangga kami nak masuk tahun ketujuh bersama anak-anak. Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas apa yang saya lakukan. Tapi, selepas ini Insha-Allah saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi apa saja di media sosial,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Over sangat..berpada-pada lah share bukan semua manusia hati tu baik.
Lega PAS dah jadi pembangkang
Berkat pemerintahan kerajaan UMNOPAS : Selepas Drama Kisah Pasangan Gay, Watak Mistress BDSM Pula Disajikan Dalam Drama Melayu!
joget tgedik gedik tetap on
udah kata jangan menunjuk sangat. Kome degil. Bukan takat retis, orang biasa pun jangan ditayang 24jam. Yang buat video sweet, upload gambar yang tak manis dipandang khalayak ramai terlalu banyak. Bila kena sihir baru dok kalut berubat. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat. Kome tak payah ler gigih nak UP sweet2 konon nak tunjuk dekat ex kome / Ex partner kome. Ex Mengkome tu dah lama move on kome weii. Kita hidup cara kita aje udah le yob. Asal kita tahu kita bahagia udah cukup. Ke kome tak bahagia tapi acah2 bahagia UP sana sini? hehe