fbpx

Baru-baru ini perkongsian pengarah dan penerbit Jinggo menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan selalu menerima keluhan yang mendakwa diri mereka tertekan apabila bekerja dengan produksinya, JS Picture.

Katanya lagi, ramai artis, krew dan ekstra didakwa tertekan kerana asyik dimarahi. Menurut Jinggo, mereka hanya menyuarakan keluhan tetapi tidak pula cerita tentang saat sedang bergembira.

BACA: Anak Bongsu Bergelar CEO, Jinggo Bangga Anak Sulung Kini Jadi Pengarah

“Assalamualaikum Malaya. Ramai artis, krew serta ekstra dengan siapa entah bercakap kerja dengan JS Picure ini stress. Tension asyik kena marah tetapi tidak cerita masa gembira pula,” katanya.

Jinggo berkata kebanyakan mereka dimarahi atas sebab munasabah. Dalam pada itu, Jinggo berkata dia dan dan isteri tak akan sesuka hati menegur atau memarahi sesiapa tanpa sebab.

“Selalunya masa kena marah itu mereka datang lambat, tidak membaca skrip atau buat ‘homework’. Banyak main dari kerja serta banyak gelak dari fokus… kena lah sebijik kan. Itu lah makan dia. Apa pun, orang Perak kata… saya tidak kisah! Lantak lah kome (kamu)!” luahnya.

Perkongsian Jinggo itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sifat kekeluargaan antara artis dan semua krew ketika di set penggambaran. Malah ada yang bertanyakan kerja kosong kerana berminat untuk bekerja sebagai ahli keluarga JS Picture.