fbpx

Anak Bongsu Bergelar CEO, Jinggo Bangga Anak Sulung Kini Jadi Pengarah

Baru-baru ini, penerbit dan pengarah, Jinggo akui bangga dengan pencapaian anak bongsunya, Luth Mikhail yang kini bergelar ketua pengawai eksekutif di restoran perusahaannya.

Kali ini, Jinggo sekali lagi meluahkan rasa gembira anak sulungnya pula, Uzair Haqimy kini sudah menjadi pengarah.

BACA: Jinggo Bangga Anak Bongsu Kini Bergelar CEO

Jinggi berkata perasaannya kini bercampur baur apabila melihat anaknya sudah mampu meneruskan legasi yang dibina.

Dalam pada itu, Jinggo turut memberikan kata-kata semangat kepada kedua anaknya itu untuk jadi lebih baik daripada dirinya.

“Ari ni pulak teman terasa happy pon ada, terasa sedih pon ada bila @uzairhaqimy69 pulok dah amek alih kerusi Pengarah @realjspictures Tok Sidang. All the best Mr CEO..Mr DIRECTOR, Jangan jadi macam papa tapi jadi lebih baik dari papa,” tulisnya.

Shiela dan Jinggo telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 1996 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Luth Mikhail serta Uzair Haqimy.