“Ramadan Ini Tak Sempat Tutup Aurat, Tapi Sempat Tutup Komen IG”
Sebut saja nama Sharifah Sakinah, pasti ramai tahu bahawa pelakon ini sinonim dengan karakternya yang gila-gila dan penampilannya yang agak seksi. Meskipun sering dikritik teruk oleh netizen, Sakinah sememangnya kalis dengan kecaman.
Jika anda mengikuti perkembangan Sakinah, pasti dapat melihat pelakon ini menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya.
BACA: Sharifah Sakinah Dikecam Jadi Duta Pakaian Dalam Sukan
Menerusi Insta Story, Sakinah menjelaskan dia bertindak menutup ruangan komen di Instagram bagi menghormati bulan Ramadan kerana tidak mahu terpengaruh dengan komen-komen negatif netizen.
“Hi semua, lupa nak wish dekat korang selamat menyambut ramadhan. Lepas itu, the reason why I turn off the comment sebab Sakinah tak nak baca my komen, takut terpengaruh pulak.
“So, for this ramadhan mungkin tak sempat lagi menutup aurat, tapi sempat menutup komen di Instagram,” tulisnya.
Apa pun bagus juga tindakan yang dilakukan oleh Sharifah Sakinah. Bulan puasa bukan hanya menahan lapar dan minum tapi perlakuan dan kata-kata juga perlu dijaga.
- SUMBER
- Media Hiburan
Ini mmg lawak sakinah ooi.moga diberi hidayah.ko tak tau mana yg wajib lagi ni.
Tinggi dan besar caranya bercakap… nanti satu hari ada juga yg dia sempat org berani
Jgn bimbang.. Kalau dia megah dgn kenyataannya tu, biar ja.. Suatu hari nanti dia tetap akan ‘tutup aurat’..
Ko main main la dgn hukum hakam… ingat benda lawak ye…
Ngeteh Kedai Mamak Siang Malam, Banyak Pulak Duit Kau? Anak Bini Kat Rumah Apa Cerita ?says:
May 11, 2019 at 12:43 am
Kisah benar dibulan Ramadhan
Bulan Ramadhan yang mulia ni masin ada insan yang bongkak dan sombong, Melayu Islam datang rumah Melayu Islam, cuma ucap Ha Bro je. Tak reti ucap Assalammualaikum. Dari mula sampai rumah, sampai Melayu berlagak yang setakat beli Proton Persona hutang 9 tahun tu balik, tiada langsung ucapan Salam.
Menurut ustaz, Itulah umat yang bongkak dan sombong. Berlagak macam boss besar, walhal motor murah pun tak boleh beli. Lagak je lebih, pandang hina kat orang lain yang malas nak menunjuk beli kerera besar. Orang yang pergi kerja naik motor, tapi kereta ada 6 biji. Semua kereta cap German, ko punya kereta? Macam dah nak terbarai aku tengok.
Setakat tiap tahun pergi oversea tapi naik Airasia tempah 2 tahun lepas, tak payah nak berlagaklah. Pi mamposlah dengan ha bro ko tu. sedarlah diri tu sikit, kereta dah kena tarik, nasib baik bini ko berniaga, itulah yang buat bayar rumah, letrik, air kereta, minyak kereta, tol, belanja anak-anak sekolah dan macam macam lagi.
Kesian tengok bini ko, baju tshirt hari hari pakai yang 3 helai rm10.00, yang ko berlagak sana sini macam boss besar. Ko bawak kereta keluar pergi ngeteh, bini ko menapak sampai berkilometer. Nasib baik ada orang tolong hantar balik. Kalau tak, mau pengsan tepi jalan.
Fikirkan sikit ekonomi keluarga, jangan asyik nak berlagak. Orang semua tau yang ko tu tak kerja dan ada masalah kewangan. Jangan sampai bini ko lari ikut Datok, Tan Sri kaya, baru lah ko melepek macam cicak jatuh dari siling rumah. Badan ko oun dah kurus kering macam tak cukup vitamin je aku tengok. Tapi kau punya berlagak, macam di tabur baja tiap hari eh.
Kembalilah ke pangkal jalan. Ko bukan boss macam dulu dah. Ko menganggur bertahun tahun dah, semua bini ko yang tanggung. Malulah sikit. Mak mertua ko ada mengadu kat aku hari tu, semua cerita ko aku tau, aku malas je nak malukan kau.
Kalau kau baca apa yang aku tulis ni, muhasabah diri lah sikit. Bulan puasa ni pun aku tengok ko hari hari angkut keluarga kau pergi berbuka kat masjid. Kat masjid tu kan untuk golongan asnaf je. Apahal pulak boss besar macam kau menyibuk di masjid. Biasanya golongan boss besar ni, sedekah ratus ribu kat masjid untuk golongan asnaf berbuka, pastu depa pi sedekah pulak hari hari kat hotel 5 bintang. Yang ko hari hari bawak keluarga berbuka kat masjid, makan hak golongan asnaf.
Ko fikirlah, aku bukan nak dengki, aku kesian tengok anak bini kau.
Mungkin dia xnak jawab salam ko sbb mulut dia bau busuk krn acute sinus. Husnudzon jela.xkan salam punya pasal sampai kereta persona loan 9thn pon ko nak ungkit.
Dia bukan tak nak jawab salam, kan sis tu dah tulis, tak reti beri/ucap salam. Cubalah baca dan fahamkan sikit. Aku yang baca sekali lalu ni pun dah faham.
Tazkirah kau ada ISI t.kasih bro
– sis , salam Ramadhan Al Mubarak
Berani betul dia main dgn hukum hakam….tak kena lg dgn balasan Allah sbb tu boleh ckp mcm tu je. MasyaAllah laki pun tak kisah bini persendakan hukum hakam ni… mgkn rela tanggung dosa kut.
tak sempat tak sempat.. jgn terlalu takbur puan.. Allah Maha Mendengar. kalau Allah perkenankan doa awak di bulan berkah ni, betul2 tak sempat baru tau. ckp yg elok2, in shaa Allah diri tu lama2 elok jugak.