Ramadan Hanya Sebulan, Tapi Kebaikannya Kekal Selamanya

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa terbaik untuk menghidupkan jiwa memberi. Dalam kesibukan seharian, kita sering lupa bahawa sekecil-kecil kebaikan yang dilakukan boleh memberi makna besar kepada orang lain.

Ramadan mengajar kita untuk lebih prihatin terhadap keperluan sesama manusia, sama ada melalui sedekah, membantu golongan kurang bernasib baik, atau sekadar memberikan senyuman kepada orang di sekeliling. Tak perlu tunggu kaya untuk memberi, cukup lakukan 4 perkara ini!

Bersedekah

Sedekah bukan sekadar amalan, tapi peluang untuk melipatgandakan kebaikan. Dari berkongsi juadah berbuka hingga menyumbang kepada mereka yang memerlukan, setiap pemberian membawa keberkatan. Jadi, kita kena ambil peluang ini untuk berkongsi rezeki dan meraih ganjaran berlipat kali ganda.

Menghulurkan Bantuan

Kadang-kadang, bantuan kecil seperti membantu jiran mengangkat barang, menemani orang tua berbual, atau menjadi sukarelawan di dapur amal sudah cukup untuk meringankan beban orang lain. Ramadan adalah masa yang sesuai untuk melatih diri agar lebih bersedia membantu tanpa mengharapkan balasan.

Memudahkan Urusan Orang Lain

Memberi bukan hanya tentang harta, tapi juga kesabaran dan sikap bertolak ansur. Dalam kesibukan Ramadan, sekecil-kecil tindakan seperti memberi laluan di jalan raya, bersabar ketika beratur, atau menahan marah bila diuji sudah cukup untuk memudahkan hidup orang lain. Kebaikan yang kita sebarkan hari ini, mungkin akan kembali kepada kita dalam cara yang tak disangka!

Membayar Zakat

Dengan menunaikan zakat, kita bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga membersihkan harta dan meraih keberkatan. Sama ada zakat fitrah atau zakat harta, setiap pemberian membawa ganjaran besar.
Sempena bulan puasa ini, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan pelbagai insentif menarik.

Antaranya, seribu wanita pertama yang membayar sekurang-kurangnya RM1,000 bagi zakat harta di kaunter PPZ-MAIWP akan menerima hijab eksklusif dari Tudung Ruffle yang tiada di pasaran, manakala 10,000 pembayar zakat atau wakaf pertama akan menerima Ramadan kit istimewa mengandungi susu kotak dan kurma hasil kerjasama dengan Bright Cow.

Selain itu, pengguna aplikasi Iman Pro juga boleh menikmati notifikasi dan perkongsian khas mengenai zakat di aplikasi tersebut.

Bagi memudahkan pembayaran zakat, 10 kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi setiap hari, termasuk cuti umum, dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang, kecuali pada hari terakhir Ramadan yang ditutup lebih awal pada jam 1 petang. Para pembayar juga boleh mendapatkan sampul raya eksklusif PPZxTudungruffle selagi stok masih ada. Atau lebih mudah, tunai zakat secara online di zakat.com.my

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di zakat.com.my/ramadan2025, atau hubungi talian di 1300 88 5757 atau e-mel ke [email protected].

×