Memiliki rupa paras menawan dan tinggi lampai, bagaimanapun pelakon popular Indonesia Raline Shah mengakui dia jarang bercinta. Ujarnya, jika dia menjalin hubungan cinta pasti tidak akan bertahan lama.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Membuat pengakuan mengejutkan ketika menjadi tetamu di vlog sahabatnya, Daniel Mananta baru baru ini, Raline berkata paling lama dia bercinta selama tiga tahun dan paling singkat hanya mampu bertahan setahun.
“Saya tak mempunyai banyak pengalaman bercinta. Maksimum tiga tahun, paling singkat satu tahun,” katanya.
Raline berkata hubungan cinta tidak bertahan lama mungkin kerana sikap yang ditunjukkannya terhadap bekas kekasihnya. Sebagai seorang pencinta haiwan, Raline mendedahkan dia menjaga kekasih seperti sedang memelihara haiwan kesayangannya.
“Saya adalah seorang pencinta haiwan dan oleh sebab terbiasa mengurus haiwan peliharaan, kadang kadang saya melayan kekasih seperti my pet,” akuinya.
Daniel yang terkejut dengan pengakuan Raline kemudian mengulang semula apa yang diperkatakan wanita itu.
“Sekejap, maksud anda melayan kekasih seperti haiwan peliharaan?” tanyanya.
Raline kemudian mengatakan walaupun kekasihnya melakukan perkara yang buruk, dia akan tetap memberi layanan yang baik kepada kekasihnya itu. Namun dia tetap ditinggalkan kekasih kerana menjaga terlalu baik.
“Misalnya kalau dia mabuk, saya bukan marah. Tapi saya menjaganya dengan begitu baik. Dan kemudian saya ditinggalkan,” katanya.