fbpx

Rakan Sahkan Bung Moktar & Zizie Ezette Nikah Minggu Lepas

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin disahkan sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Zizie Izette minggu lepas.

Seorang rakan Bung Moktar di’parlimen mengesahkan perkara ini & juga berkata kemungkinan majlis resepsi telah di’adakan di’sebuah hotel malam kelmarin.

Sehingga hari ini, kedua-dua belah pihak masih bermain tarik tali dengan media sehingga Bung Moktar sendiri keluar kenyataan beliau tidak cukup kacak untuk Zizie Ezette.

Dalam sebuah laporan media lain, ada pihak mendakwa Bung Moktar telah pun makan malam bersama keluarga Zizie Ezette tidak berapa lama dahulu untuk mengenal hati budi kedua-dua belah pihak.

Jika benar mereka berdua telah berkahwin, ada baiknya jika mengaku sahaja. Ramai sudah tahu & anggap cerita ini benar.

Tidak salah rasanya mengaku & ucapan tahniah dari orang ramai itu boleh di’anggap doa penuh berkat.