Rakan Lama Tiba-Tiba Muncul Cari Mimi Fly, Nak Tumpang Glamor

Namanya kini kembali melonjak naik, penyanyi Mimi Fly mendedahkan ada beberapa kenalan lama tiba-tiba mencarinya dengan pelbagai tujuan.

Memetik mStar Online, Mimi berkata ada yang datang untuk meminjam duit serta ada yang mencarinya untuk menumpang populariti.

BACA: Suara Merdu Baca Al-Quran, Rupanya Mimi Fly Pernah Sertai Pertandingan Tilawah

“Saya ini sudah jumpa macam-macam jenis manusia. Namun itu semua normal bagi saya. Ada yang (datang) suka mengangkat populariti dan ada juga yang suka dengan seni saya.

“Ada juga yang pandang saya sekarang ini sedang kaya, tetapi  apa yang saya boleh, saya tolong. Saya tidak mahu fikir banyak sebab sekarang ni hanya mahu fokus dengan pelbagai benda. Saya sangat sibuk sekarang ini sampaikan tiada masa. Mahu keluar ‘dating’ pun tiada masa,” katanya.

Lagu nyanyian Mimi Fly mencetuskan fenomena apabila Angkat dan Serumpun mendapat sambutan luar biasa dan hangat diperkatakan ramai. 

SUMBER: mStar Online

×