Rakan Artis, Ribuan Netizen Beri Kata Semangat Buat Mizz Nina
Selepas mengumumkan mengenai perceraian mereka di Instagram, ruangan komen media sosial Mizz Nina dipenuhi dengan kata-kata semangat serta sokongan buatnya.
Setakat ini, perkongsian Mizz Nina mengenai perceraiannya itu mendapat lebih 289 ribu tanda suka dan lebih 13 ribu komen.
BACA: Noh Salleh, Mizz Nina Sahkan Sudah Bercerai
View this post on Instagram
Hasil tinjauan, antara rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat ialah Nur Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Nazeera, Puan Sri Tiara Jacquelina, Che Puan Sarimah Ibrahim, Vivy Yusof dan ramai lagi.
Dalam pada itu, ribuan netizen yang turut bersedih dengan berita itu turut mendoakan agar Nina dan Noh diberikan kekuatan untuk berdepan ujian tersebut.
Semalam, hangat diperkatakan apabila Mizz Nina dan Noh dikatakan bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur. Pada malamnya, kedua-duanya mengesahkan mengenai perceraian mereka di Instagram masing-masing.
Inflasi malaysia dah 11%. Yg sibuk ngan anak jutawan nape. Lol.
jadi betul la kes noh curang tu kan?
kenapa selalu suami yang dipersalahkan, mugkin isteri tu yang tak reti jaga suami dan hal rumahtangga? Mungkin sebab perangai isteri buat suami mencari yang lain. Hijrah tapi tak semestinye baik, betul tak? Kena tengok kedua dua belah pihak
Ustat gigit lu,
Tak betul. Ustat umur berapa?
kenapa asyik nak salahkan orang lain ?
If your thought process is like that then are you suggesting to blame Allah too?
Your logic is like … Mungkin sebab perangai isteri atau isteri seorang penagih dadah Buat suami bunuh dia?
Two wrongs don’t make it right.
Dosa tetap dosa.
Grow up. Be responsible of your own choice and action.
Ros, mizz nina yg banyak keluar di media, ceritanya memberi fokus kpd penghijrahannya drp seorang penyanyi terkenal kpd seorang wanita muslimah. Malah tidak pernah diberi penekanan akan taraf sosialnya sbg anak jutawan. Cuba ko amati video mizz nina semuanya tentang penekanan dlm mendalami ugama bukan pasal beli keta porshe, bmw, mercedes atau beli banglo mewah. Nape pulak bila dia menerima ujian yg besar ni perlu dikaitkan dgn taraf sosialnya. Kaya atau miskin apabila dilanda musibat semuanya sama. Tak akan berlaku orang kaya tidak terkesan dgn kesedihan sbb dia kaya.
tak nmpk pun komen ctdk..wah celebs yg komen smua ckp omputeh…class gitu…lol..itu sebab RT takde share komem ctdk…
Ustaz gigit lu, perempuan memang tak kan pernah salah kan hahahaha