Kami tidak pasti kesahihan berita ini namun menerusi perkongsian Fasha Sandha di Instagram sebentar tadi sedikit sebanyak memberi kejutan mengenai berita kehamilan Sari Yanti. Mungkin secara tidak sengaja barangkali tapi pastinya ramai terkejut dan gembira mendengarnya.

BACA: Sekitar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu, Sari Yanti


Melalui perkongsian di Instagram, Fasha meluahkan rasa gembira bertemu pelakon itu bersama dengan kepsyen ‘preggy mom’ sambil merujuk kepada Sari. Apalagi, penuh ruangan komen bertanyakan mengenai hal terbabit dan tumpang gembira jika berita berkenaan benar.

Perasan juga kebelakangan ini, semenjak berkahwin Sari agak memperlahankan kerjaya seninya demi memberi fokus menguruskan rumah tangga. Mungkin salah satunya sebab Sari kini berbadan dua? Selalunya selebriti memilih berdiam diri dulu sebelum mengumumkan jika usia kandungan masih baru.



Jika benar berita ini, tahniah diucapkan kepada Sari dan suami, Jep Sepahtu yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi. Harap-harap nanti Sari sudi berkongsikan kesahihan berita gembira ini kepada umum. (rtky/w)